Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 Latar Belakang: 8 
Kemaskini Pada: 23 Mei 2017
Versi 8.0.1
PERMOHONAN LESEN PERKAHWINAN KHAS BUKAN ISLAMPERMOHONAN LESEN PERKAHWINAN KHAS BUKAN ISLAM

DEFINISI

          Perakuan Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam bermaksud untuk meluluskan perkahwinan mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976(Akta 164) dan Kaedah-Kaedah, Seksyen 21 (1) tanpa memerlukan pemberitahuan perkahwinan dan memberi kebenaran kepada Pendaftar Perkahwinan untuk mengupacarakan perkahwinan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan ini.

 Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam bermaksud :

(i)     Permohonan Lesen Perkahwinan tanpa memerlukan pemberitahuan perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan (Seksyen 21 (1));

 (ii)    Permohonan Lesen Perkahwinan bagi perempuan berumur dibawah 18 tahun tetapi telah genap 16 tahun (Seksyen 21 (2));

 (iii)   Permohonan Lesen untuk mengupacarakan perkahwinan di suatu tempat lain daripada Pejabat Pendaftar (Seksyen 21 (3)).

 

SENARAI SEMAK PERMOHONAN LESEN PERKAHWINAN KHAS BUKAN ISLAM

 

CARTA ALIRAN KERJA PERMOHONAN LESEN PERKAHWINAN KHAS BUKAN ISLAM

Pegawai untuk dihubungi:
1) Puan Ophelia Noah, 084-651963