Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 Background: 4 Background: 5 Background: 6 Background: 7 Background: 8 
Last Update: 23 Jun 2017
Version 8.0.2
History Background of SarikeiHistory Background of Sarikei

sarikei division map

Sejarah awal Sarikei (merujuk kepada Bandar Sarikei kini) dapat dikesan seawal kurun ke-19. Catatan sejarah menunjukkan James Brooke pernah mengunjungi Sarikei pada 30 April 1845.

Penentangan terhadap James Brooke membawa kepada peristiwa pembakaran Sarikei pada 4 Januari 1856 dan tindakan balas oleh Charles Brooke ke atas Julau pada 19 Jun 1856. Catatan-catatan sejarah ini menunjukkan kewujudan awal Sarikei.

Bahagian Sarikei ditubuhkan pada 2 April 1973 sebagai bahagian ke-6 dalam negeri Sarawak melalui Sarawak Gazette Swk. L.N 26 bertarikh 15 Mac 1973. Bahagian Sarikei pada awal penubuhannnya mempunyai keluasan 6969 km². Ianya merupakan gabungan daerah-daerah Sarikei, Meradong, Julau , Matu dan Daro. Selepas pembentukan Bahagian Mukah dan Bahagian Betong,

Bahagian Sarikei mengalami kesan secara langsung terutama dari segi luas kawasan. Keseluruhan jumlah kawasan terkini di bawah Bahagian Sarikei adalah 4332.35 km² yang merupakan 1.31 % daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak iaitu 124,449 km². Bahagian Sarikei merupakan bahagian yang kedua terkecil selepas bahagian Betong (4,180 km² atau 1.27% daripada keluasan negeri Sarawak). Pusat pentadbiran dan komersil adalah Bandar Sarikei yang juga dikenali dengan nama Bandar Nanas.

Penubuhan Bahagian Sarikei adalah didorong oleh faktor-faktor keselamatan. Datuk Amar Wilson Baya Dandot , Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan di dalam artikelnya; Sarawak's Unique Administrative Identity : Establishment of Divisoinal, District & Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration bahawa penubuhan Bahagian Sarikei (dahulunya dikenali sebagai Bahagian ke-6) ini adalah atas sebab-sebab keselamatan berikutan pemberontakan komunis pada masa itu. Dengan penubuhan Bahagian Sarikei, aspek kawalan keselamatan dapat difokuskan dan memudahkan urusan pemantauan ke kawasan terbabit.

 

SUMBER :

1) Sarawak Gazette, L.N 26 dd 15/5/1973

2) Artikel : Sarawak Unique Administrative Identity: Establishment of Divisional, District and Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration (by Datuk Amar Wilson Baya Dandot)

3) Sarikei : On Course Towards Agropolis (2011)