Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 Background: 4 Background: 5 Background: 6 Background: 7 Background: 8 
Last Update: 23 Jun 2017
Version 8.0.2
From The ResidentFrom The Resident

Assalamualaikum Warramatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada para pelawat Laman Portal Rasmi Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Sarawak.

Sebagai pengenalan, Pejabat Residen Bahagian Sarikei merupakan sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak yang bertanggungjawab menjadi nadi penggerak di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Bahagian Sarikei.

Sejajar dengan visi organisasi sebagai Sebuah organisasi berprestasi tinggi yang menerajui pembangunan ke arah peningkatan kualiti hidup di Bahagian Sarikei sentiasa mengamalkan budaya perkhidmatan yang cekap cepat, berkesan membawa arus pembangunan yang lebih mampan dan menyeluruh.

Berpandukan nilai-nilai kualiti dan semangat kerja berpasukan, pegawai dan kakitangan Pejabat Residen Bahagian Sarikei sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan pelanggan.  Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi perkhidmatan berkualiti serta sistem penyampaian yang effisien serta bertaraf dunia "World Class Civil Service" menjelang tahun 2020.

Dengan adanya laman web ini orang awam boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai Pentadbiran Bahagian Sarikei dan khususnya jenis-jenis perkhidmatan penting yang disediakan oleh Pejabat Residen & Pejabat-pejabat Daerah di Bahagian Sarikei. 

Melalui perkhidmatan laman maya "sarawaknet.gov.my" para pelanggan dapat melayari laman web pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapat maklumat-maklumat tertentu sesuai menurut keperluan mereka.  R&DO Bahagian Sarikei sentiasa mengalu-alukan komen serta cadangan yang membina daripada pelawat-pelawat laman web demi memperkemaskinikan isi kandungan laman ini.

Saya berharap maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat memudahkan para pelawat mendapat maklumat dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan mutu Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ke arah "World Class Civil Service" menjelang tahun 2020. 

Sekian, terima kasih.


BERSATU  BERUSAHA BERBAKTI
"AN HONOUR TO SERVE"


MOHAMAD JUNAIDI BIN MOHIDIN
Residen Bahagian Sarikei