Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 Background: 4 Background: 5 Background: 6 Background: 7 Background: 8 
Last Update: 23 May 2017
Version 8.0.1
Pesta Limau BintangorPesta Limau Bintangor


Definisi Logo:-

Buah Limau

Merupakan simbol bagi Bandar Bintangor yang memang terkenal dengan produk tempatannya, iaitu Buah Limau Bintangor.

Warna pada logo.

  • Warna asas yang digunakan adalah terdiri daripada  warna asal  Buah Limau Bintangor yang hijau kekuning-kuningan, dan juga warna rasmi bagi bendera Negeri Sarawak iaitu kuning, merah dan hitam.
  • Lilitan warna hitam melambangkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk di Daerah Meradong yang berbilang kaum.
  • Lilitan warna merah melambangkan penduduk di Daerah Meradong mengekalkan semangat perpaduan yang berteraskan  beberapa nilai murni iaitu hormat-menghormati, rendah hati (Tawadhuk), kesederhanaan dan berbudi bahasa.
  • Warna latar kuning melambangkan kewibawaan dan pelengkap bagi penduduk di Daerah Meradong kepada pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih sempurna bagi penduduk di Daerah Meradong. Dalam erti kata lain, sebagai satu formula yang akan membantu memastikan gagasan 1Malaysia tercapai.

Tema

Sehubungan dengan tujuan dan objektif di atas, pihak Jawatankuasa Pengelola telah menggunapakai tema “Berpesta Untuk Perpaduan dan Kemajuan Rakyat” sebagai tema rasmi Pesta Limau Bintangor.

Tarikh-Tarikh Penganjuran Pesta Limau Bintangor

Penganjuran Pesta

Tarikh

Pesta Limau Bintangor 2009

14-21 Februari 2009

Pesta Limau Bintangor 2010

18 – 24 Julai 2010

Pesta Limau Bintangor 2012

13 – 19 Mei 2012

Pesta Limau Bintangor 2013 21-29 September 2013

Tujuan

Tujuan utama pesta adalah untuk meletak Daerah Meradong dalam peta destinasi pelancongan khususnya di Bahagian Sarikei dan Negeri Sarawak.

Selain itu, untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Pesta ini diharap boleh dijadikan rujukan kepada Wakil-Wakil Rakyat, jabatan-jabatan serta agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta, pertubuhan dan masyarakat tempatan yang akan terlibat sama dalam menyumbang dan menganjur aktiviti-aktiviti yang akan merangsang kegiatan sosio-ekonomi.

 Objektif

  • Untuk mewujudkan suasana harmoni, menggalak kerjasama dan mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat berbilang kaum menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.
  •  Untuk memberi pendedahan dan mencungkil bakat-bakat baru di kalangan belia dalam segala bidang ke arah membentuk barisan pemimpin pelapis negara pada masa depan.
  •  Untuk mempromosi produk-produk pertanian tempatan dan hasil hiliran yang ada di Daerah Meradong.
  •  Untuk menjadikan Daerah Meradong sebagai destinasi pelancongan tempatan.
  •  Untuk menggerakkan kegiatan perniagaan yang lebih produktif menerusi kegiatan eko-pelancongan.