Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 Background: 4 Background: 5 Background: 6 Background: 7 Background: 8 
Last Update: 23 May 2017
Version 8.0.1
Lesen Pemberi Pinjaman WangLesen Pemberi Pinjaman Wang

Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan Permit Iklan dikeluarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) 1951 dan Akta Pemegang Pajak Gadai (Kawalan & Pelesenan) 1972.

Cara Memohon bagi Permohonan Baru.

Dapatkan Borang Jadual A [Permohonan Baru bagi Lesen Pemberi Pinjaman Wang] dan Borang Jadual F [Permohonan Baru bagi Permit Iklan] secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Sarikei [Seksyen Kewangan]. Isi Borang Jadual A dan Jadual F dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  • Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah.
  • Satu (1) salinan sah Akaun Beraudit atau Akaun Pengurusan Terkini.
  • Satu (1) salinan sah Borang J bagi tempoh dua (2) tahun yang lalu dan satu (1) salinan sah penyata akaun bank.
  • Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.
  • Satu (1) salinan sah butir-butir dalam Borang 13 (jika ada), 24, 49 dan borang keuntungan tahunan terkini dibawah Akta Syarikat 1965.
  • Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan atau sijil pendaftaran perniagaan dan satu (1) salinan perjanjian perkongsian (jika ada) atau satu (1) salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil pertubuhan atau satu (1) salinan perjanjian diantara atau dikalangan orang-orang yang membentuk kumpulan.

Proses pemohonan baru ini akan dilanjutkan dengan rujukan terhadap syarikat pemohon daripada:

  • Polis DiRaja Malaysia;
  • Bank Negara Malaysia; dan
  • Jabatan Insolvensi Malaysia.

Salinan surat juga akan dihantar kepada pemohon berkaitan dengan proses rujukan ini.

Apabila semua proses dijalankan dan didapati pemohon layak maka Lesen Pemberi Pinjaman Wang & Permit Iklan akan dikeluarkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei.

Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi Permit Iklan akan dikenakan. Bayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei.

Sila Ambil Perhatian;

Sah laku Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan Permit Iklan adalah selama SETAHUN.

Sila Ambil Perhatian;

Sila sediakan Rekod Transaksi semasa bagi tempoh setahun selewat-lewatnya 14 Feb setiap tahun, jika gagal berbuat demikian pemohon boleh didenda.

Cara Pembaharuan Lesen.

Dapatkan Borang Jadual D (Permohonan bagi Pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang) dan Borang Jadual H (Permohonan bagi Pembaharuan Permit Iklan) secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Sarikei [Seksyen Kewangan]. Isi Borang Jadual D dan Jadual H dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  • Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah.
  • Satu (1) salinan sah Akaun Beraudit atau Akaun Pengurusan Terkini.
  • Satu (1) salinan sah Borang J bagi tempoh dua (2) tahun yang lalu dan satu (1) salinan sah penyata akaun bank.
  • Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.
  • Satu (1) salinan sah butir-butir dalam Borang 13 (jika ada), 24, 49 dan borang keuntungan tahunan terkini dibawah Akta Syarikat 1965.
  • Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan atau sijil pendaftaran perniagaan dan satu (1) salinan perjanjian perkongsian (jika ada) atau satu (1) salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil pertubuhan atau satu (1) salinan perjanjian diantara atau dikalangan orang-orang yang membentuk kumpulan.

Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Sarikei semasa Pembaharuan Lesen & Permit.

  • Proses pembaharuan ini akan mengambil masa selama 3 hari dan dengan kehadiran Tuan Residen di pejabat.
  • Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi pembaharuan Permit Iklan akan dikenakan.
  • Bayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei.