Sarawak ID|Register
Polls

PENGURUSAN LESEN PUNGUTAN AWAM

Borang - Borang Pengurusan Pungutan Awam

1.  Senarai Semak Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan Bersama Permohonan Baru

2.  Borang A - Borang Permohonan Lesen Pungutan Awam

3.  Form B - Licence To Promote and Solicit A Collection

4.  Form C - Collector's Certificate oF Authority

5.  Form D - Collector's Identification Card

DEFINISI

 Sijil Autoriti Pemungut bermaksud sijil yang memberi kuasa kepada pemungut untuk menjalankan pungutan awam.

 “Sijil Pengenalan Pemungut” bermaksud sijil menunjukkan identiti pemegang/pemungut yang diberikan kebenaran untuk menjalankan pungutan awam.

 “Lesen” bermaksud Surat kuasa yang memberikan kebenaran untuk menjalankan pungutan awam.

 “Pegawai Perlesenan” adalah merujuk kepada Residen Bahagian Kapit.

 “Pemungut” adalah seseorang yang membuat rayuan melalui mana-mana salah satu cara pungutan dan berumur melebihi 16 tahun;

 “Penganjur” adalah seorang yang menyebabkan orang lain untuk bertindak, sama ada bergaji atau tidak, sebagai pemungut untuk menjalankan pungutan dan penganjuran pungutan tersebut.

 “Tapisan Keselamatan” bermaksud satu pengesahan keselamatan yang dijalankan oleh pihak polis.

 “Pungutan” bermaksud satu rayuan kepada orang awam melalui lawatan dari rumah ke rumah atau di ditempat-tempat awam atau melalui surat untuk meminta derma dalam bentul wang atau harta benda;

 “Rumah” termasuk tempat-tempat perniagaan atau mana-mana bangunan.

 “Tujuan Awam” bermaksud (a) satu tujuan kebajikan, (b) untuk kepentingan awam atau masyarakat atau sebahagian masyarakat tersebut, dan (c) satu tujuan yang diisytiharkan tujuan awam oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 “Tujuan Kebajikan” membawa pengertian yang sama   seperti dalam charitable Trusts Ordinance 1994.

 

CARTA ALIRAN

 

Pegawai untuk dihubungi:
1) AA Henry Gimong ak Sawat, 084-655432