picture

News

 

Lelaki berdepan detik cemas pikap dipandu terbabas masuk parit

Posted on 04 May 2023
Source of News: Utusan Borneo


Keadaan pikap yang dipandu oleh mangsa yang terbabas lalu masuk ke parit.


BINTANGOR: Seorang pemandu lelaki berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila kenderaan pikap yang dipandunya telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian ini pada jam 12.50 tengah hari Rabu.

"Kemalangan ini telah berlaku di Jalan Bintangor-Sarikei dan ketika kejadian mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan sedang dalam perjalanan dari arah Bintangor menuju ke Sarikei.

"Pikap yang dipandu oleh mangsa telah terbalik di dalam parit namun mangsa telah berjaya keluar dari dalam kenderaan terbabit dengan bantuan orang awam yang melalui lokasi kemalangan berkenaan sebelum ketibaan pihak bomba.

"Mangsa dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Nicholas kepada media, pada Rabu.

Menurutnya, jarak lokasi kemalangan ini berlaku ialah sejauh 8 kilometer dari balai.

"Ketika sampai di loaksi kemalangan, anggota bomba telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan sepenuhnya bagi memastikan tiada mangsa lain berada dalam kenderaan tersebut.

"Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada risiko lain, pasukan bomba telah bertolak balik semula ke balai," ujarnya lagi.

Oleh Kepu Sidi