picture

News

 

Kempen derma darah BBP Sarikei Sabtu ini

Posted on 15 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Kempen derma darah di Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei pada Sabtu ini.

SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada Sabtu ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, kempen tersebut akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

"Sehubungan dengan penganjuran kempen ini, kedatangan dan sumbangan semua pihak amat alu-alukan terutama kepada segenap lapis masyarakat di kawasan ini.

"Objektif utama kempen ini dianjurkan adalah untuk mengisi tabung darah Hospital Sarikei yang memerlukan sumbangan semua pihak untuk mengisi tabung darah untuk digunakan dalam setiap keperluan.

"Di samping itu, ia adalah sebagai persediaan dalam membantu pihak Hospital Sarikei dalam menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya menjelang musim perayaan Hari Gawai," kata Mahmudin di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, semua pihak sama ada yang kerap menderma ataupun yang baru hendak berjinak-jinak dengan usaha murni ini agar dapat hadir menjayakan kempen tersebut bersama-sama.

"Jesteru itu, diharap masyarakat dapat datang beramai-ramai semasa kempen ini nanti demi tanggungjawab sosial masing-masing dan menderma untuk tabung darah yang amat diperlukan oleh pihak hospital untuk menyelamatkan nyawa yang memerlukannya," ujar Mahmudin lagi.