picture

News

 

Pameran digital, karnival jualan semarakkan sambutan 60 Sarawak Merdeka di Sarikei

Posted on 21 May 2023
Source of News: Suara Sarawak

MERIAH…Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Dewan Sentral di sini, malam tadi.
 

SARIKEI : Pameran digital dan jualan usahawan, antara program menarik yang bakal menyemarakkan lagi sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka, di sini bermula 23 Jun depan.

Residen Sarikei, Micheal Ronnie Langgong berkata, program tersebut dijangka melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan komuniti setempat.

Katanya, bahagian Sarikei juga akan menerima rombongan konvoi kembara sambutan 60 tahun merdeka yang menjelajah ke setiap daerah iaitu Julau, Pakan, Meradong dan Sarikei.

“Kita dijangka menerima kehadiran konvoi itu pada 24 Jun sebelum melepaskan rombongan pada keesokan harinya. Seterusnya konvoi bergerak ke daerah lain termasuk Pakan, Julau dan Meradong,” katanya Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Dewan Sentral di sini, malam tadi.

Program yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu itu melibatkan penyertaan 24 gerai dari pelbagai agensi yang menghidangkan pelbagai juadah hari raya