picture

News

 

PERKESO Sarikei, SABERKAS Kuala Rajang anjur karnival kerjaya

Posted on 18 May 2023
Source of News: Utusan Borneo

SARIKEI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarikei dengan kerjasama SABERKAS Kuala Rajang akan menganjurkan program mini Outreach Karnival Kerjaya dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Program ini akan diadakan pada Sabtu ini, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Masyarakat Belawai, Tanjung Manis.

 

Sehubungan dengan itu, para lepasan sekolah dan juga pencari pekerjaan serta para suri rumah di sekitar kawasan tersebut amat dialu-alukan untuk hadir.
 
Mereka yang ingin turut serta digalakkan untuk melakukan pendaftaran secara dalam talian menerusi pautan beralamat https://bit.ly/OUTREACHBELAWAI.

Pada masa yang sama juga, mereka turut diingatkan agar membawa bersama dokumen seperti resume, gambar ukuran pasport dan salinan sijil.

Upacara perasmian program ini dijadualkan disempurnakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan program ini bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak urus setia program Sabrina di talian 019-2900548 dan Razzaq 019-6560427.