picture

News

 

Roderick Wong adakan lawatan ke JPJ Sarikei

Posted on 19 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Roderick Wong (empat kanan) menyampaikan potret Loke kepada Yusuf sambil diperhatikan yang lain hari ini.

SIBU: Ahli Dewan Negara Senator Roderick Wong Siew Lead telah membuat kunjungan hormat ke premis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei hari ini untuk mengetahui tentang perkhidmatan dalam talian terkini dan operasi harian jabatan tersebut. 

Dalam kunjungan itu, beliau juga membawa maklum balas dan aduan daripada orang awam kepada ketua cawangan Yusuf Andan.
  
Menurut Yusuf, JPJ Sarikei setakat ini masih menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai kepada orang awam terutamanya kepada warga emas dan penduduk kampung. 

"Walaupun orang awam boleh membuat urusan JPJ secara dalam talian, tetapi untuk Sarikei yang masih merupakan bandar kecil dan bukan semua orang tahu menggunakannya terutamanya warga emas atau kawasan yang tidak mempunyai Internet, ia merupakan cabaran besar kepada mereka," katanya.

Di samping itu, Yusuf juga memberitahu mengenai bangunan baharu JPJ Sarikei di Batu 4, Jalan Repok di mana kerja-kerja pembinaan telah siap 85 peratus dan bercadang akan berpindah masuk pada tahun depan. 

"Bangunan baharu ini akan mempunyai infrastruktur yang lengkap, antaranya, kuarters, dewan serbaguna, 10 kaunter dan sebagainya.

"Dengan adanya infrastruktrur dan penambahan kaunter, orang awam boleh menikmati persekitaran yang lebih luas dan tidak lagi menghadapi masalah beratur dan sesak. 

"Para pekerja juga boleh bekerja di persekitaran yang lebih selesa, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan," jelas beliau.

Pada majlis itu, Roderick Wong turut menyerahkan potret Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook kepada Yusuf, selain berterima kasih atas taklimat yang diberikan.

Reno Benjamin