News

 

Ular sawa ditemui kekenyangan dalam reban ayam

Posted on 20 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Ular sawa berjaya ditangkap bomba di Jalan Kubu Lama, Sarikei pagi tadi.
 

SARIKEI: Seekor ular sawa ditemui kekenyangan dalam reban ayam milik seorang penduduk di Jalan Kubu Lama dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, ular sawa tersebut ditemui penghuni rumah terbabit yang kemudian menghubungi pihak bomba untuk bantuan. 

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.34 pagi.
 
"Seramai tiga anggota bomba bertugas bergerak ke lokasi penemuan ular sawa tersebut untuk menangkapnya.

"Berdasarkan situasi tersebut, anggota bomba telah bertindak menangkap ular sawa tersebut dengan teknik menjerut," kata Mahmudin.

Katanya, setibanya di rumah tersebut anggota bomba mendapat ular sawa tersebut masih berada di dalam reban ayam. 

"Usaha menangkap ular sawa tersebut telah mengambil masa lima minit sahaja. 

"Ular sawa yang berjaya ditangkap tersebut dilepaskan semula ke habitat asal," ujar Mahmudin.

oleh Kepu Sidi