picture

News

 

Kebakaran belukar jejas kabel elektrik di kawasan Bulat Sarikei

Posted on 20 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Kebakaran belukar yang turut menyambar kabel elektrik di Jalan Bulat, Sarikei pada Jumaat.
 

SARIKEI: Kebakaran kabel eletrik dilaporkan berlaku di kawasan Bulat, dekat sini, petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kejadian ini pada 5.28 petang.

"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera pemadam telah dikerahkan ke lokasi kebakaran yang terletak sejauh 12 kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi berkenaan, anggota bomba mendapati terdapat kebakaran kabel elektrik dan juga rumput di lokasi berkenaan.

"Berdasarkan situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak memadam kebakaran berkenaan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba," kata Mahmudin kepada media pada Jumaat.

Usaha memadam kebakaran tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh 17 minit.

Menurut Mahmudin, dianggarkan sekitar setengah ekar kawasan belukar di lokasi berkenaan turut terbakar.

"Dalam masa yang sama juga, komander operasi turut mengarahkan anggota melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan kebakaran tersebut telah terpadam sepenuhnya.

"Setelah didapati keadaan dalam selamat pasukan bomba bertolak balik semula ke balai," jelas Mahmudin lagi.

oleh Kepu Sidi