Sambutan Hari Integriti 2023 Pentadbiran Bahagian Sarikei
Sambutan Hari Integriti 2023 Pentadbiran Bahagian Sarikei telah diadakan pada 26 September 2023 di Dewan Sri Nyelong, Sarikei dan telah dirasmikan oleh Tuan Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei.
Lafaz Ikrar Integriti oleh kakitangan Pentadbiran Bahagian Sarikei telah disaksiksn oleh DSP Benedict Faris bin Jimoy, Timbalan Ketua Polis, IPD Sarikei.
Antara pengisian program adalah Sesi Perkongsian berkenaan Tatakelakuan dan Disiplin PANS yang disampaikan oleh Puan Maria Nadja anak Jimmy (Unit Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia), & Sesi Perkongsian AWOL yang disampaikan oleh Encik Angelico anak Francis Freddy Tiam (Unit Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia)