Seksyen Perancangan Strategik diurus oleh Pejabat Timbalan Residen Bahagian Sarikei, bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut;
1) Perancangan Strategik Pembangunan Bahagian
2) Perancangan Strategik Pembangunan Sosial
3) Pembangunan SCS Scorecard Bahagian Sarikei
FUNGSI SEKSYEN PEMBANGUNAN
- Merancang, memantau dan melapor kemajuan Projek Kecil Luar Bandar (MRP)
- Merancang, memantau dan melapor kemajuan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima tahun (RMK)
- Merancang, memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek RTP
- Menyelaras dan memantau permohonan bekalan elektrik luar bandar (BELB)
- Menyelaras dan memantau permohonan bekalan air luar bandar (BALB)
- Menyelaras dan memantau isu-isu pembangunan di Bahagian melakui Jawatankuasa Pembangunan Bahagian
- Merancang, melaksana dan memantau program-program pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB)
- Perancangan Strategik Bahagian
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek konsesi hutan
- Menyelaras dan memantau isu-isu pelaksanaan projek rakyat
FUNGSI SEKSYEN TRANSFORMASI SOSIAL
- Merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan fizikal dan sosial yang lestari di Bahagian.
- Mengenalpasti, merancang, menyelaras serta memantau Program Pembangunan Sosial yang melibatkan agensi yang berkaitan ke arah menangani gejala sosial.
- Membantu Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak (KPSU) dan agensi-agensi yang berkaitan dalam mengenalpasti isu-isu (sosial) semasa untuk dikaji dan juga menilai impak pembangunan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat (jika perlu).
- Mewujudkan dan membangunkan Pangkalan Data Sosial Bahagian bagi tujuan perancangan pelan tindakan Jawatankuasa Sosial Bahagian selain dijadikan sebagai bahan rujukan untuk penyelidikan oleh agensi-agensi berkaitan.
- Memantau aktiviti yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan.
- Menyelaras jawantankuasa kerja bagi sambutan perayaan, majlis rasmi, majlis keagamaan, kebudayaan, sukan dan pelancongan.
- Membantu merancang/memberi input kepada pembangunan sektor pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Belia dan Sukan dan KPSU.
- Memantau dan membantu menggerakkan aktiviti sosial (termasuk kemasyarakatan/kebajikan) seperti sukan, kebudayaan, belia, wanita dan keluarga melalui JKKK, NGO dan sebagainya ke arah mewujudkan komuniti bestari dan kemakmuran setempat.
- Membantu dalam usaha memperkasakan keupayaan (capacity building) serta kepimpinan di peringkat akar umbi (Ketua Kampung/Ketua Masyarakat, JKKK, NGO dan lain-lain).