Pengurusan Tender & Sebutharga

 

Pengurusan Tender & Sebutharga




Jawatankuasa Tender/Sebutharga (Negeri/Persekutuan) Bahagian Sarikei hanya boleh mempertimbangkan tender/sebutharga dengan syarat keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan tidak melebihi had nilai tender/sebutharga.

Urusan Tender / Sebutharga Bahagian Sarikei;

  • Menerima iklan kenyataan Tender/Sebutharga daripada Agensi atau Jabatan Kerajaan;
  • Menyediakan Peti Tender dan Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga;
  • Memaparkan Tender/Sebutharga pada papan tender
  • Merekod semua syarikat yang menghantar penyertaan tender/sebutharga ke dalam Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga sepanjang iklan tender/sebutharga masih dibuka sehingga tarikh tutup tepat jam 12:00 tengah hari;
 

Sila Ambil Perhatian;

  • Penyertaan Tender/Sebutharga yang dihantar selepas TEPAT JAM 12:00 Tengah hari pada Tarikh Tutup, TIDAK AKAN DIPROSES.
  • Borang Schedule Of Tender Received G.124 akan dikeluarkan untuk proses pembukaan tender/sebutharga selepas jam 12:00 tengah hari pada hari tender/sebutharga ditutup.
  • Pembukaan tender/sebutharga akan dipengerusikan oleh Timbalan Residen atau Pegawai N41 ke atas bersama ahli-ahli jawatankuasa serta akan dihadiri oleh "Client Agency".
  • Penyertaan tender/sebutharga yang asal berserta salinan borang Schedule Of Tender Received G.124 akan diserahkan kepada "Client Agency".
  • Minit mesyuarat pembukaan tender/sebutharga akan dikeluarkan oleh setiausaha pembukaan tender/sebutharga untuk dimajukan ke Masyuarat Jawatankuasa Perolehan Tender/Sebutharga Bahagian untuk pemilihan Syarikat/Kontraktor yang layak.