picture

 

Perutusan Pegawai Daerah Julau


 

 

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan syukur dan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Teknikal Portal di atas kejayaan dalam membina laman portal Pentadbiran Bahagian Sarikei ini.  Selaras dengan objektif utama pembinaan laman portal ini , maka saya berharap agar segala maklumat berkaitan Pejabat Pentadbiran Bahagian Sarikei yang merangkumi Pejabat Residen, Pejabat Daerah Julau, Pejabat Daerah Pakan, Pejabat Daerah Meradong dan Pejabat Daerah Sarikei dapat diperoleh dengan mudah oleh orang awam yang merupakan pelanggan kita.

 

Akhir sekali, saya berharap maklumat yang disediakan dalam laman portal ini banyak memberi manfaat kepada pelanggan dan saya berharap pelanggan dapat juga berkongsi pendapat secara memberi respon melalui laman portal ini agar mutu penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan lagi.


Sekian Terima Kasih


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"An Honour To Serve"


ENCIK WEE TECK MIN
Pegawai Daerah Julau