Urusan Pendaftaran Ekstrak, Pemindaan dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan


A) DEFINISI :-

 

 

 

“Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan” ialah Borang R.20-Pind. 1/86 yang digunakan untuk memohon pendaftaran bagi nama sesuatu perniagaan dan akan disimpan sebagai rekod bagi nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan.

 

 

 

“Buku Daftar Permohonan” ialah buku daftar untuk merekod permohonan yang diterima berkaitan dengan Nama-Nama Perniagaan.

 

 

 

 “Ekstrak Nama-Nama Perniagaan" bermaksud satu cabutan maklumat daripada Borang Nama-Nama Perniagaan R.20-Pind. 1/86 yang mengandungi butir-butir sesebuah syarikat perniagaan.

 

     

 

Nama- Nama Perniagaan” bermaksud nama yang didaftarkan bagi sesebuah syarikat perniagaan.

 

 

 

 “Ordinan” merujuk kepada Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Cap. 64)

 

 

 

Pemohon” bermaksud seorang atau sekumpulan orang yang memohon untuk mendaftarkan nama bagi syarikat perniagaannya.

 

 

 

“Pendaftar”merujuk kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan iaitu Pegawai Daerah.

 

        

 

Sijil Pendaftaran” bermaksud satu sijil yang dikeluarkan menggunakan Borang R.22-Pind. 1/86 kepada syarikat perniagaan yang mengesahkan bahawa nama bagi syarikat perniagaan berkenaan telah didaftarkan di bawah Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Cap. 64).

 

B) SENARAI SEMAK PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN

1. Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (R.20-Pind.1/86)

2. Borang 2 (I.R.D No.8-Pind.1/86)

3. Borang TL (Statistik)

4. Perjanjian Sewa

5. Surat Hakmilik Premis / Surat Kebenaran menggunakan premis

6. Cop Syarikat

7. Salinan Kad Pengenalan

8. Permit atau Kelulusan dari Agensi / Jabatan lain

 

C) KUTIPAN BAYARAN PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN :-

1. RM50 - Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (R.22-Pind.1/86)

2. RM2 - Extract Of Business Names Registration/Petikan Nama-Nama Perniagaan

3. RM25 - Lesen Perdagangan Borang 1 (I.R.D. No.7-Pind 1/86)

 

 

 

I) CARTA ALIRAN KERJA PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN :-

 

 

 

 

II) CARTA ALIRAN KERJA EKSTRAK NAMA-NAMA PERNIAGAAN :-

 

 

III) CARTA ALIRAN KERJA PINDAAN BUTIR NAMA-NAMA PERNIAGAAN :-

 

 


IV) CARTA ALIRAN KERJA PEMBATALAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN :-

 

Pegawai untuk dihubungi:

1) Pejabat Daerah Sarikei
Encik Dennis Omong Tawing/Pn. Tracey Dibah anak Atai, 084-651299

2) Pejabat Daerah Meradong
Puan Durie anak Renggi, 084-691252

3) Pejabat Daerah Julau
Puan Elizabeth anak Bintang, 084-734228

4) Pejabat Daerah Pakan
En. Donny Justine Bang, 01118444211