PERMOHONAN PROJEK KECIL LUAR BANDAR SEPERTI BERIKUT: 1) Jalan Kampung 2) Jalan Perhubungan Desa/Jalan Luar Bandar 3) Jambatan/Jeti/Titi 4) Wharf Terapung 5) Parti Konkrit 6) Merata Tapak Bangunan 7) Projek Tangki 1Malaysia/Bekalan Air Luar Bandar 8) Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar 9) Balairaya 10) Dewan Serbaguna 11) Gelanggang Sukan 12) Lain-lain yang berkenaan 13) Projek Grant MRP - memaklumkan/menulis terus kepada wakil rakyat yang berkenaan
BAGAIMANA MEMOHON PROJEK, KEPADA SIAPA DAN OLEH SIAPA BOLEH MEMOHON 1) Menulis surat permohonan beserta spek projek kepada wakil rakyat/YB 2) Menulis surat permohonan beserta spek projek kepada Pegawai Daerah/DO 3) Permohonan hendaklah dimajukan oleh/melalui Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung
***SPEK projek adalah merujuk kepada "kos, jarak, pelan, lokasi" projek berkenaan. Contohnya jika JKKK1 mohon projek jalan kampung, spek projek secara ringkasnya adalah merujuk kepada "berapakah panjang/jarak jalan tersebut, berapakan lebar jalan tersebut, berapakan anggaran ketebalan jalan tersebut, berapakan kos anggaran jalan tersebut jika berkenaan" kamudiannya disertakan dengan pelan lukisan lokasi jalan yang hedak dipohon/dibina
Pegawai dihubungi:
Semua Pegawai Daerah Bahagian Sarikei.
|