picture

Pesta Lada Julau

 

Pesta Lada Julau


PESTA LADA JULAU

 

PENGENALAN

Penganjuran Pesta Lada Julau merupakan acara tahunan bagi Daerah Julau yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pesta Lada Julau yang diketuai oleh Pejabat Daerah Julau dan dianggotai oleh jabatan- jabatan kerajaan dan agensi/NGO yang ada di Daerah Julau.   

 

OBJEKTIF PENGANJURAN

1)   Mempromosikan Julau sebagai Daerah Pengeluar Lada Sarawak yang utama di Malaysia.

2)   Mempromosi produk- produk berasaskan lada di kalangan kakitangan dan penduduk sekitar dan juga pengunjung yang mengunjungi Pesta Lada Julau

3)   Memberi ruang dan peluang kepada peladang/penanam lada di sekitar Daerah Julau untuk mendalami lebih banyak ilmu dan peluang perniagaan berkaitan Lada melalui Pameran dan Seminar yang diadakan yang secara langsung mendokong konsep "Pertanian Adalah Perniagaan".

4)   Memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil lantas merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Pekan Julau

5)   Memupuk semangat perpaduan 1Malaysia dan suasana harmoni, menggalakkan kerjasama dan mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat berbilang kaum menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan

6)   Selaras dengan misi Bahagian Sarikei untuk menjadi “Food Basket of Sarawak’ bagi mempromosi dan seterusnya mengangkat Bahagian Sarikei sebagai Pusat Agropolis wilayah zon tengah dan destinasi pelancongan Agro Tourism Negeri Sarawak.

 
 

PENGISIAN AKTIVITI

PENDIDIKAN

1.    Pameran Pertanian

2.    Seminar Pertanian

3.    Pertandingan Mewarna Kanak- Kanak

4.    Demonstrasi Masakan Berasaskan Lada

5.    Pertandingan Masakan Berasaskan Lada

 

HIBURAN/ KESENIAN/KEBUDAYAAN

6.    Pentas Rakyat

7.    Pertandingan Julau Idol/ Karaoke

8.    Pertandingan Ratu Lada Julau

9.    Pertandingan Hiasan Kreatif Berasaskan Produk Lada

 

EKONOMI

10.  Gerai Jualan/ Karnival Jualan

 

SUKAN

11   Pertandingan Menyumpit

12.  Senamrobik Beramai- Ramai

13.  Pertandingan Poco- Poco

14.  Pertandingan Berakit

15.  Mini Regatta/ Pesta Air - Pertandingan Berkayuh Perahu

                                        - Pertandingan Menangkap Itik