PERKHIDMATAN KREDIT KOMUNITI

 

PERKHIDMATAN KREDIT KOMUNITI


 




Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan Permit Iklan dikeluarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) 1951 dan Akta Pemegang Pajak Gadai (Kawalan & Pelesenan) 1972
 


Cara Permohonan Lesen Baharu

Sebelum membuat permohonan, sila muat turun borang di laman web rasmi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bahagian PEMBERI PINJAM WANG (PPW) > LESEN BAHARU 
**
Permohonan baru tertakluk kepada syarat-syarat semasa Kerajaan Negeri Sarawak/Timbalan Pendaftar di Bahagian Sarikei


Dapatkan Borang Jadual A [Permohonan Baru bagi Lesen Pemberi Pinjaman Wang] dan Borang Jadual F [Permohonan Baru bagi Permit Iklan] secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Isi Borang Jadual A dan Jadual F dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  • Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah.
  • Satu (1) salinan dokumen e-Info SSM (Corporate Information) terkini yang menunjukkan pembuktian status syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) dengan modal berbayar syarikat minima RM 2 juta.
  • Jadual C, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akuan Berkanun) bagi setiap Pengarah/Pengurus syarikat yang didaftarkan SSM. .
  • Satu (1) salinan keputusan carian kebankrapan (Insolvensi) bagi setiap Pengarah/ Pengurus syarikat yang didaftarkan SSM.
  • Satu (1) salinan pembuktian pemilikan premis perniagaan dan satu (1)  salinan perjanjian penyewaan yang disetemkan dengan sempurna (jika premis bukan milik pemohon) dan satu (1) salinan bil utiliti dan kordinat GPS premis.
  • Satu (1)Criminal Clearance & Bankruptcy Report yang terkini dari negara asal pemohon (jika Pengarah/ Pengurus bukan warganegara Malaysia)

Proses pemohonan baru ini akan dilanjutkan dengan rujukan terhadap syarikat pemohon daripada:

  • Polis DiRaja Malaysia;
  • Bank Negara Malaysia; dan
  • Jabatan Insolvensi Malaysia.

Salinan surat juga akan dihantar kepada pemohon berkaitan dengan proses rujukan ini.

Apabila semua proses dijalankan dan didapati pemohon layak maka Lesen Pemberi Pinjaman Wang & Permit Iklan akan dikeluarkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei.

Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi Permit Iklan akan dikenakan. Bayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei.

Sila Ambil Perhatian
 
  • Sah laku Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan Permit Iklan adalah selama DUA TAHUN.
     
  • Sila sediakan Rekod Transaksi semasa bagi tempoh setahun selewat lewatnya 1 FEBRUARI setiap tahun, jika gagal berbuat demikian pemohon boleh didenda.
     
  • Templat Rekod Transaksi boleh didapati di bahagian "Permohonan Berkaitan Perkhidmatan Kredit Komuniti" (1.)
 


CARTA ALIRAN PERMOHONAN LESEN BAHARU
 

Cara Pembaharuan Lesen

Dapatkan Borang Jadual D (Permohonan bagi Pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang) dan Borang Jadual H (Permohonan bagi Pembaharuan Permit Iklan) secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Isi Borang Jadual D dan Jadual H dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  • Satu (1) salinan e-Info SSM bagi jenis syarikat perniagaan MANAKALA e-info SSM (Corporate Information, Summary of Share Capital, Directors/ Officers, Shareholders/ Members, Company Charges dan Summary of Financial Information) bagi jenis syarikat Sdn. Bhd.
  • Satu (1) salinan perjanjian sewa / perjanjian beli premis perniagaan.
  • Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.

Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Sarikei semasa Pembaharuan Lesen & Permit.

  • Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi pembaharuan Permit Iklan akan dikenakan.
  • Bayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei.
 Sila Ambil Perhatian
  • Permohonan hendaklah lengkap dan dihantar ke Pejabat 90 hari  sebelum tarikh tamat tempoh


CARTA ALIRAN BAGI PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN

 



Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Sarikei semasa Pembaharuan Lesen & Permit.

  • Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi pembaharuan Permit Iklan akan dikenakan.
  • Bayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei.
     
 Permohonan Berkaitan Perkhidmatan Kredit Komuniti
  1. Laporan Rekod Transaksi -> Sila klik untuk muat turun templat Laporan Rekod Transaksi
     
  2. Penukaran Alamat Operasi
    Sila muat turun kesemua dokumen di bawah :

     
  3. Pertukaran Nama dan Pindah Hak Milik
     
  4. Perubahan Lembaga Pengarah, Pengurus dan Pemegang Saham
     
  5. Penamatan Perniagaan

    * Bagi urusan 3, 4, dan 5, sila berhubung dengan Pejabat Residen Bahagian Sarikei
 

Pegawai untuk dihubungi:

  1. Sufianah binti Rajeli, 084-655432  
  2. Henry Gimong ak Sawat, 084-655432
  3. Abang Noramin Fathullah bin Abang Hadi, 084-655432
  4. Dayang Noraniza bt Awang Ibrahim, 084-655432
 
Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila rujuk Soalan Lazim (FAQs) kami -> Soalan Lazim