PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN SARIKEI
KAMI BERUSAHA AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG MESRA DAN TERBAIK KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI SEPERTI BERIKUT:
1. Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
2. Permohonan Permit Kutipan Awam diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
3. Permohonan Lesen Sabong Ayam diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
4. Permohonan Pindah Nama Hak Milik Senapang Patah diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
5. Keputusan Permohonan Baru Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.
6. Keputusan Permohonan Pembaharuan Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.
7. Pendaftaran kes rayuan Mahkamah Bumiputera Sarawak diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
8. Keputusan Lembaga Perumahan A & B dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat.
9. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
10. Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh satu (1) hari setelah berlakunya bencana.
11. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas pertimbangan.
12. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh (1) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh (5) hari bekerja.
PIAGAM PELANGGAN PEJABAT - PEJABAT DAERAH DI BAWAH PENTADBIRAN BAHAGIAN SARIKEI
KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG MESRA DAN TERBAIK KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI SEPERTI BERIKUT:
1. Permohonan baharu Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
2. Permohonan baharu Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
3. Permohonan penggantian Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima
4. Permohonan pembatalan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
5. Permohonan baharu Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
6. Permohonan penggantian Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
7. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan lesen dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Sarikei.
8. Permohonan berkaitan senapang patah yang memerlukan pertimbangan Setiausaha Kerajaan Sarawak dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Sarikei.
9. Permohonan Pindah Tempat Daftar Senapang Patah diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Sarikei.
10. Permohonan penggantian Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
11. Permohonan pembaharuan Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
12. Pengeluaran Lesen Membeli Peluru diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
13. Permohonan baharu Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.