Perutusan Pegawai Daerah Sarikei

 

Perutusan Pegawai Daerah Sarikei




Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan syukur dan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Teknikal Portal di atas kejayaan dalam membina laman portal Pentadbiran Bahagian Sarikei ini.  Selaras dengan objektif utama pembinaan laman portal ini , maka saya berharap agar segala maklumat berkaitan Pejabat Pentadbiran Bahagian Sarikei khasnya yang berkaitan dengan urusan & pentadbiran di Pejabat Daerah Sarikei dapat diperoleh dengan mudah, cepat dan berkesan oleh pelanggan kita.

 

Akhir sekali, saya berharap maklumat yang disediakan dalam laman portal ini akan  memberi manfaat dan saya berharap pelanggan juga dapat juga berkongsi pendapat secara memberi respon melalui laman portal ini agar mutu penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan lagi agar sentiasa relevan dan bermakna.


Sekian Terima Kasih


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"An Honour To Serve"


KATHREEN LALAI ANAK EDDIE SAGA
Pegawai Daerah Sarikei