PENGURUSAN LESEN PUNGUTAN AWAM

 

PENGURUSAN LESEN PUNGUTAN AWAM




DOKUMEN YANG PERLU DI MUAT TURUN

  1. Senarai Semak Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan Bersama Permohonan Baru (Pertubuhan / Persatuan)
  2. Senarai Semak Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan Bersama Permohonan Baru (Sekolah Rendah / Menengah PIBG)
  3. Borang A - Borang Permohonan Lesen Pungutan Awam
**BORANG B, BORANG C DAN BORANG D AKAN DIAGIHKAN OLEH PEJABAT**
 

DEFINISI

 “Sijil Pengenalan Pemungut” bermaksud sijil menunjukkan identiti pemegang/pemungut yang diberikan kebenaran untuk menjalankan pungutan awam.

 “Lesen” bermaksud Surat kuasa yang memberikan kebenaran untuk menjalankan pungutan awam.

 “Pemungut” adalah seseorang yang membuat rayuan melalui mana-mana salah satu cara pungutan dan berumur melebihi 16 tahun.

 “Penganjur” adalah seorang yang menyebabkan orang lain untuk bertindak, sama ada bergaji atau tidak, sebagai pemungut untuk menjalankan pungutan dan penganjuran pungutan tersebut.

 “Pungutan” bermaksud satu rayuan kepada orang awam melalui lawatan dari rumah ke rumah atau di ditempat-tempat awam atau melalui surat untuk meminta derma dalam bentul wang atau harta benda;

“Hasil Pungutan” berkaitan dengan pungutan bermaksud semua wang dan semua harta benda yang diberi sebagai balasan kepada rayuan yang dibuat.

 

CARTA ALIRAN PENGELUARAN LESEN PUNGUTAN AWAM

 

 

Pegawai untuk dihubungi:

  1.  AA Henry Gimong ak Sawat, 084-655432
  2. Cik Dayang Noraniza Bt Awang Ibrahim, 084-655432