picture

News

 

Lelaki cedera kereta terbalik dalam kemalangan di Sarikei

Posted on 05 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Kemalangan di kawasan Skim B, Sarikei malam Khamis yang menyebabkan pemandunya cedera.
 

SARIKEI: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Skim B di sini, malam Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (APM) Sarikei Lt (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihak APM menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 8.57 malam.

"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota APM bersama sebuah ambulans APM telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang terletak dalam jarak 15 kilometer dari Pos Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei.

"Ketika sampai di lokasi kemalangan, anggota APM mendapati mangsa, 24, telah keluar dari kereta yang dipandunya dengan bantuan orang awam.

"Pasukan APM turut mendapati kereta mangsa terbalik di tepi jalan dan hasil pemeriksaan awal, mangsa didapati mengalami luka ringan di bahagian siku dan kaki," katanya kepada media, hari ini.

Setelah memberikan rawatan awal kepada mangsa, pasukan APM membawa mangsa melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Sarikei sebelum balik semula ke PKOD Sarikei.


Oleh Kepu Sidi