picture

News

 

Pemuda cedera ringan kereta terbabas dinihari

Posted on 11 May 2023
Source of News: Utusan Borneo

Pasukan bomba melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan mangsa bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


SARIKEI: Seorang pemuda berusia 22 tahun mengharungi detik mencemaskan apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan, dinihari Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kemalangan tersebut pada jam 1.41 pagi.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kemalangan yang terletak berhampiran simpang Skim B, dekat sini iaitu enam kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi berkenaan, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan yang dinaiki oleh seorang lelaki terbabas di bahu jalan.

"Namun ketika pasukan bomba tiba di lokasi kemalangan, mangsa telah keluar dari kenderaan dan sedang diberikan rawatan oleh pihak perubatan dari Hospital Sarikei.

"Berdasarkan situasi berkenaan, pihak bomba telah melakukan pemeriksaan terperinci di dalam kenderaan mangsa bagi memastikan tiada mangsa lain terperangkap di dalam kenderaan berkenaan," katanya kepada media, hari ini.

Seramai sepuluh anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mijan Pamin.

Menurut Mahmudin, akibat kemalangan tersebut, mangsa telah mengalami cedera ringan dan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

"Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal pasukan bomba terbabit balik semula ke balai," jelas Mahmudin lagi.