picture

News

 

Sawandi Brahim ganti Jeffery Guhak sebagai Pegawai Perlesenan IPD Meradong

Posted on 18 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Sekam (tengah) menyaksikan majlis serah tugas di antara ASP Jeffery Guhak (kanan) dan Inspektor Sawandi Brahim (kiri).

BINTANGOR:  Satu majlis ringkas Serah Terima Tugas jawatan Pegawai Perlesenan IPD Meradong telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, pada Rabu.

Upacara serah tugas ini telah berlangsung di antara ASP Jeffery Guhak  yang akan bersara pada 22 Mei ini dengan Inspektor Sawandi Brahim.

Majlis serah tugas ini turut disaksi oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi, ketua-ketua Bahagian IPD Meradong dan Pegawai Kanan yang lain.

Dalam amanat ringkasnya pada majlis tersebut, Sekam telah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Jeffery yang telah memberikan penuh komitmen dan menjalankan tugas yang penuh tanggungjawab di sepanjang perkhidmatan di IPD Meradong.

"Jasa dan pengorbanan masa serta tenaga beliau yang dicurahkan sebagai Pegawai Perlesenan IPD Meradong tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 

"Kita juga berdoa agar beliau terus maju jaya di alam persaraan dan dikurniakan kesihatan yang baik," ujar Sekam.