picture

News

 

Dua wanita cedera kemalangan kendiri

Posted on 28 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Anggota APM memberi rawatan awal kepada seorang daripada mangsa yang cedera.

SARIKEI: Dua wanita berusia 25 dan 26 tahun tercedera setelah kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri di sini petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Sarikei Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu jam 6.28 petang.

"Sejurus menerima panggilan, empat anggota APM bersama sebuah ambulans dikerahkan ke lokasi di Jalan Kolam Renang dekat sini.

"Ketika sampai di lokasi, anggota APM mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan luka di pinggang, tangan dan mengalami kesakitan di perut.

"Berdasarkan situasi itu, anggota APM bertindak membawa kedua-dua mangsa menggunakan ambulans APM ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Setelah tugasan menghantar mangsa cedera dilakukan, pasukan APM bertolak balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei.


Oleh: Kepu Sidi