News

 

Baiki pondok perhentian bas rosak di Jalan Repok: Wong

Posted on 17 Jun 2023
Source of News: Utusan Borneo
Perhentian bas yang rosak di Jalan Repok, iaitu berhampiran persimpangan Jalan Chung Nik, Sarikei.
Perhentian bas yang rosak di Jalan Repok, iaitu berhampiran persimpangan Jalan Chung Nik, Sarikei.

SARIKEI: Senator Roderick Wong menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan untuk memperbaiki pondok perhentian bas yang rosak di Jalan Repok di sini.

 

Wong berkata, beliau menerima aduan daripada orang ramai bahawa kemudahan yang rosak itu telah lama diabaikan tanpa sebarang pembaikan dilakukan.

“Saya menerima aduan mengenai perhentian bas yang rosak di Jalan Repok iaitu berhampiran persimpangan Jalan Chung Nik.

“Perhentian bas itu sudah lama rosak dan diabaikan tetapi masih tiada pembaikan dilakukan.

“Ini menyukarkan penduduk di kawasan itu semasa menunggu bas atau kenderaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

 

Tambahnya, ini turut menimbulkan banyak kesulitan kepada mereka yang menunggu bas terutamanya pada hari hujan.

“Justeru, saya menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan menambah baik perhentian bas tersebut supaya orang ramai mendapat sistem pengangkutan awam yang lebih selesa dan kemudahan yang lengkap,” katanya.

Oleh : Borhaniza Ali Basah